Thursday, December 30, 2010

PEMBINAAN SOALAN SUBJEKTIF

Definisi
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.

Terdapat dua jenis
1. Tindak balas terhad (struktur – jwpn : 1 frasa, 1 ayat, 1 pernyataan)
2. Tindak balas lanjutan (esei)

Prinsip pembinaan soalan jenis struktur
Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

Prinsip pembinaan soalan jenis esei
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Panduan Pembinaan Item Subjektif

• Membentuk JSU
• Mengubal soalan berdasarkan prinsip berikut :
1. Tugas / arahan soalan jelas
2. Perkataan yg digunakan setaraf dgn pencapaian bahasa calon.
3. Menggunakan perkataan yg kelas (jelaskan, bandingkan, dan lain-lain)
4. Mengubal bilangan soalan secara berpatutun.
5. Sediakan satu skema pemarkahan.

Kelebihan
•Mudah digubal
•Sesuai untuk semua mata pelajaran
•Sesuai untuk semua aras taksonomi
•Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
•Mengurangkan konsep meneka.
•Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
•Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.

Kelemahan
•Bidang yg diuji terhad
•Soalan boleh diramal
•Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
•Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.

PEMBINAAN SOALAN UJIAN OBJEKTIF

Definisi Soalan Objektif

Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.

“Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa”
(Gronland,1977).

Antara contoh soalan berbentuk objektif:
• Item jenis pendek
• Item jenis padanan
• Item jenis anekapilihan
• Item kloz

Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
1. Item respon bebas
2. Item respon tetap (item objektif pilihan)

Item respon bebas

Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.

Contoh;

1.Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________
2.Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.

Item respon tetap (item jenis pilihan)
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.

•Jenis soalan respon tetap;
a. Format salah betul
b. Padanan
c. Aneka pilihan

a.Format salah betul
Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).

Contoh;
Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
Hitam – Putih ( ),

b.Padanan
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.

c.Aneka Pilihan
Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;
1.Berbentuk soalan
2.Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
3.Analogi
4.Antonim
5.Jenis negatif
6.Mengisi tempat kosong
7.Jenis campuran
8.Teknik kloz
9.Mengelaskan

Panduan pembinaan

1.Pokok soalan (stem)
•Bahasa mudah difahami
•Berbentuk soalan / ayat tidak lengkap
•Kesukaran mengikut aras kesukaran taksonomi
•Kurangkan soalan berbentuk negatif (10%-hitamkan / garis)
•Gambar, rajah, dan carta disertakan bagi soalan yg berkaitan.

2.Bahan ransangan

3.Pilihan jawapan
•Jawapan yang disediakan haruslah logik.
•Ditulis sejajar (semua huruf / semua angka)
•Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
•Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
•Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.
•Tiada perkataan yg berulang
•Pastikan satu jawapan shj yg betul

4.Distraktor (penganggu jawapan)


5. Struktur item (roman & abjad)

Kelebihan
1.Mudah disemak
2.Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
3.Menguji banyak topik
4.Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
5.Mengukur proses mental yang tinggi

Kelemahan
1.Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
2.Potensi untuk meneka jawapan tinggi
3.Sukar untuk dibina
4.Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
5.Calon bijak tidak perlu belajar banyak
6.Tidak dapat mengukur keaslian

Langkah-langkah Penyedian JSU

JSU mengandungi maklumat tentang:
Bentuk dan panjangnya ujian
• Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
• JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
• Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
• Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
• Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
• Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
• Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

Langkah pertama
• Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
• Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua
• Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
• Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Langkah tiga
• Menentukan aras kesukaran
• Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
• Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat
• Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
• Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)
Langkah Lima
• Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
• Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
• Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam
• Menyatakan matapelajaran
• Tingkatan atau kelas
• Susunan nombor soalan mengikut tajuk

Menyemak item soalan

1. Bahasa
2. Isi (mengikut kemahiran)
3. Arahan yg diberi jelas
4. Masa yg diberi mencukupi
5. Susunan soalan (mudah-sukar)

Ujian Pra

1. Dijalankan setelah menyemak soalan
2. Menentukan kesahan
3. Kebolehpercayaan
4. Kebolehtakbiran (boleh diurus – perjalanan peperiksaan)
5. Kemudahtafsiran (dianalisis)
6. Maklumat ujian pra membantu guru menentukan soalan

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)

Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Kepentingan JSU
• Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
• Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
• Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
• Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
• Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
• Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Tujuan JSU diwujudkan.

• Menghasilkan soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan secara spontan – tidak tahu aras)
• Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan / tiada keutuhan.


Ciri-ciri JSU

• Merupakan matrik yg terdiri drpd 2 paksi iaitu paksi melintang – aras kemahiran dan menegak – kandungan.
• Bilangan item dinyatakn dalam JSU mengikut aras kemahiran yg ditetapkan.
• Mengandungi aras yg mengikut aras taksonomi.
• Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan kemahiran.
• Kepayahan item dlm lingkungan 20% - 80%.
• Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-lain.
• Kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran.

Kepentingan JSU

• Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
• Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
• Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
• Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
• kertas ujian dapat digubal secara sistematik
• kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
• Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
• Memberi panduan untuk membentuk soalan.
• Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.
• Mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik.
• Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yg lain.
• taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
• ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran

4 syarat JSU
1. Ujian tidak dibina semberangan.
2. Menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yg diuji.
3. memberi panduan dan penentuan kepada pengubalan ujian.
4. Memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.

DOMAIN KRATHWOHL (AFEKTIF)

Penerimaan

Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Individu tidak akan menolak rangsangan. Tindakan adalah terhad.

Gerakbalas

Seseorang akan bertindakbalas kepada rangsangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindakbalas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerakbalas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.


Penilaian

Sesorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.

Jenis penilaian
1. Penerimaansemua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan.
2. Pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya.
3. Komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran.

Organisasi

Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian diantaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu.

Perwatakan

Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

Tuesday, December 28, 2010

ARAS PENILAIAN TAKSONOMI BLOOM

Penilaian

•Menguji kebolehan calon, membuktikan, menilai, mengesahkan, mengkritik, memberi pendapat mengenai sesuatu peryataan, dll.
•Tujuan : membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kretiria tertentu.

•Objektif :
1. Am : menimbangkan nilai, ketekalan, kecukupan data.
2. Spesifik : menilai, membuat pertimbangan.

•Jenis : sejauh mana, nilaikan, apakah pendapat kamu.
Cth : Berikan pendapat anda mengenai hal tersebut.
: Sejauh manakan kebaikan menggunakan kereta ke kuliah.

•Kasa kata popular : nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikkan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan.
•Cth :
1. Pada pendapat kamu, ujian apakah yang sesuai diberikan kepada murid tahun enam?
2. Berbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program. Bandingkan.

ARAS SINTESIS TAKSONOMI BLOOM

Sintesis
(lebih kepada sains, BM- karangan)

•Menguji kebolehan calon mencantumkan, mengabungkan, dan meintegtrasikan fakta atau idea yang berkaitan (mengembang fakta menggunakan ayat sendiri)

•Tujuan : membentuk sesuatu yang baharu.

•Objektif :
1.Am : menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya
2.Spesifik : mengabungkan, mengubah, mereka cipta, merancang, menulis

•Cth : Berdasarkan tajuk “saya sebatang pen” bina ayat-ayat yang dapat menerangkan mengenai pen tersebut.

•Kosa kata popular : mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan.

Cth mencadangkan : senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi masalah itu

ARAS ANALISIS TAKSONOMI BLOOM

Analisis
(mengenal pasti sebab secara terperinci)

•Definisi : kebolehan untuk menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.

•Tujuan : menaakul (mencari) sebab dan musabab (akibat)

•Cth :
1.Berikan faktor, punca-punca, sebab-sebab, mengapakah perkara tersebut berlaku.
2.Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.

•Objektif
1.Am : mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevenan data.
2.Spesifik : mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan srtuktur dan organisasi.
- Cth : Yang manakah antara berikut tidak menerangkan cirri criteria yang betul?
- Cth : Yang manakah antara berikut merupakan kata kerja?

•Kosa kata popular : bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan bahagian, klasifikasikan, sebab, mengapa, huraikan, menaakul, mencerakinkan.

ARAS APLIKASI TAKSONOMI BLOOM

Aplikasi

•Tujuan : menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak) untuk menyelesaikan masalah yang maujud.

•Objektif :
1.Umum : menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan

2.Khusus / spesifik : menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan, mengendalikan.

•Cth : soalan yang menggunakan perkataan – susunkan, tunjukan, demonstrasikan,‘bagaimana’ dan ‘jelaskan’.

•Menekankan kaedah, prinsip, hukum, dan teori.

ARAS KEFAHAMAN TAKSONOMI BLOOM

Kefahaman
(kebolehan untuk memberi penjelasan(menghurai) / makna sesuatu perkara)

•Konsep : menjelaskan maklumat dengan terperinci.

•Merupakan peringkat yang tinggi berbanding peringkat pengetahuan.

•Tiga aras penting :
1.Terjemahan isi (isi kepada huraian, cth : Ibu Ali meninggal dunia.)

2.Memberi tafsiran / makna sesuatu maklumat (cth : Setiap manusia di muka bumi ini akan menemui ajal masing-masing. )

3.Ekstrapolasi (tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan (cth : Kita sebagai manusia biasa mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara yang berlaku pada bila-bila masa sahaja)

•Tujuan : memahami sesuatu bahan, menjelaskan menterjemah, merumuskan,menulis, dan membezakan.

•Cth : jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan, dan seumpamanya.

ARAS PENGETAHUAN TAKSONOMI BLOOM

Pengetahuan

selalunya mengunakan kata tanya, cth : bilakah, dimanakah, mengapakah, dan sebagainya

•Tujuan : mengingat semula perkara-perkara yang sudah dipelajari tanpa sebarang perubahan - SAMA

•Contoh :
1. Bilakah Malaysia merdeka ?
2. Berapa buah negerikah yang terdapat di Malaysia?
3. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?

•Objektif
1. Umum : mengetahui
2. Khusus / spesifik : melebal, menyatakan, menulis (eksplisit)

TAKSONOMI BLOOM

•Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
•Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
•Menekankan aspek kognitif (pengetahuan) – apa yang dicari adalah seperti fakta, teori, dan hukum.
•Tujuan : membina kebolehan, pemikiran, dan pemahaman (cth : mencari isi penting daripada petikan yang dibaca)
•Terdapat enam peringkat (tidak semestinya menggunakan kesemua peringkat ini dalam soalan – cth : pada kertas soalan tahun 1 tidak terdapat tahap sintesis kerana tahap ini merupakan tahap yang tinggi dan tidak sesuai dengan umur murid)

1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian

PENTAKSIRAN

PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN.

PENTAKSIRAN
Definisi
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan

Konsep Pentaksiran
•menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu.
•tahap, status, dan nilai.
•proses menilai secara kuantitatif.
•merangkumi skala ordianal dan skala slang.
•kesimpulan : pentaksiran bertujuan untuk menentukan kedudukan dan pencapaian murid.

PENGUJIAN

Definisi
Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Konsep Pengujian

•cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang (murid) dengan menggunakan bahan yang mempunyai kebolehpercayaan.
•tujuan : mengesan penguasaan kemajuan dan pencapaian murid dalam pelajaran.
•alat mengukur pencapaian (kognitif - struktur bahasa lisan, psikomotor - perubahan tingkah laku, efektif - pencapaian nilai-nilai)
•penilaian pencapaian berlaku secara eksplisit (memahami, lisan, menulis)
•berlaku pada tiga peringkat
1.persediaan
2.pelaksanaan
3.penyemakan


PENILAIAN

Definisi
Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap

Konsep Penilaian

•penilaian ialah merupakan proses pengumpulan maklumat atau proses menganalisis yang berlaku selepas pengujian dan penilaian untuk membuat keputusan atau melakukan tindakan yang seterusnya.
•prosedur ujian
1.persediaan ujian
2.pentaksiran ujian
3.pemeriksaan dan pengukuran
4.dapatan atau tindakan