Tuesday, May 31, 2011

ISL-Interaksi 8

PENILAIAN MELALUI PROJEK
  • Projek  ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu  tempoh masa  yang  tertentu.   
  • Ia  biasanya melibatkan  kutipan  serta  analisis  data persediaan  satu  laporan  yang  betul.  Dalam  konteks  kurikulum  sekolah, projek  bermaksud  secara  amali.    
  • Tugasan  ini  boleh  dijalankan  secara individu  atau  secara  berkumpulan  dan  dilaksanakan  dalam  satu  jangka masa yang munasabah.  
  • Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada  tahap hasil disediakan.   
TUJUAN PENILAIAN PROJEK
  • Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.  
  • Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.  
  • Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.
CIRI-CIRI PENILAIAN PROJEK
  • Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
  • Memerlukan jangka masa yang panjang . 
  • Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar. 
  • Murid boleh membina penyelesaian alternatif.
  • Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.
  • Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJALANKAN PROJEK
  • Langkah 1 :  Penentuan tajuk dan skop Projek.
  • Langkah 2 : Penilaian awal projek.
  • Langkah 3 :  Pelaksanaan strategi.
  • Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
  • Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

ISL-Interaksi 11

DEFINISI PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN
  • Kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar serta pendidik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan.   
  • Satu kaedah untuk mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan keperibadian siswa atau pendidik. 
PERLAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN
 
KOMPETENSI ASAS
- PKN : menerapkan hidup berdisiplin  di rumah dan sekolah.

INDIKATOR
- Menyebutkan keluarga yang tinggal di rumah.
- Memberi contoh hidup berdisiplin di rumah dan sekolah.
- Melakukan sikap hormat terhadap orang lain (orang tua, guru) 

LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN
i- Kegiatan awal (induksi):
   - Menyanyi lagu berkaitan topik / tema pada hari tersebut.
 ii- Kegiatan inti:
     - Menceritakan hidup rukun di rumah dan sekolah.
     - Memberi contoh hidup rukun di rumah dan sekolah.
     - Menceritakan pengalaman manis / pahit hidup berukun di rumah / sekolah.
iii- Kegiatan akhir :
     - Melaksanakan tugasan.
     - Aktiviti penutup.
KAEDAH, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN
i - Kaedah:
    - Ceramah, Soal jawab
ii - Sumber:
     - Buku teks
iii- Media Pembelajaran:
     Komputer riba, Teks
PENILAIAN
- Melalui :
  Lisan, bertulis, afektif / portfolio.

ISL-Interaksi 7

PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN


PENGENALAN
Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.

Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.
Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-
  • Bentuk akhir tugasan dihasilkan
  • Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
  • Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
  • Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
  • Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak
Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan
* Pelajar mengenal pasti dan merekod
· objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
. kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat
· jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya
· bukti menunjukkan objektif tercapai
· bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai
* Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing   mengikut minat dan keupayaan sendiri
* Menghasilkan kerja yang terancang
     * Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-
  1. Penilaian objektif tugasan
· Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU
· Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU
· Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru
  1. Hasil Pembelajaran
· Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
· Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru
  1. Penilaian
· Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
· Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
· Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU
· Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya.




BENTUK KONTRAK
Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.
PERINGATAN:
Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru
Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

Penilaian Melalui Pemerhatian
Penilaian melalui pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar. Ianya merupakan satu alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif dan psikomotor pelajar.
Tujuan utamanya adalah untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar, termasuklah proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut. Maklumat ini boleh digunakan oleh pendidik dalam merencanakan proses dan prosedur pengajarannya. Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah ketidakadilan (bias). Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada.
Sebagai satu panduan dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan.
1. Fahami asas kepada pemerhatian
    • menyedari keadaan sekeliling
    • membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif
    • membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens
    • prasa soalan yang menghadkan pemerhati memerhati tingkahlaku yang maujud dan zahir
2. Bersedia untuk membuat pemerhatian dengan
    • membuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan
    • membuat keputusan tentang siapa yang akan menjadi pemerhati
    • membuat pelan sampel
    • menyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran itu timbul
    • melatih pemerhati
3. Memerhati dan merekod bagaimana pelajar melakukan tingkahlaku tersebut.    Prosedur pemerhatian ini boleh dalam bentuk formal ataupun tidak formal
4. Buat ringkasan atau rumusan kepada hasil pemerhatian dengan jelas dan berguna sebagai satu "feedback" kepada setiap pelajar dan kumpulan; dan bantu pelajar dalam menganalisa data pemerhatian dan membuat refleksi tentang bagaimana;
    • tahap efisien pembelajaran mereka
    • mereka boleh membantu rakan mereka belajar
    • mereka boleh mencapai tahap yang lebih efisien

Saturday, May 28, 2011

ISL INTETRAKSI 13
Penilaian Berasaskan Sekolah
1.Rasional PBS
i.              Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
ii.            Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
iii.           Mengetahui keberkesanan pengajatran guru
iv.           Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya.
v.            Guru dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

2.Ciri-Ciri Penilaian Berasaskan Sekolah(PBS)
2.1.      Merupakan satu bentukpentaksiran dan penilaianyang dilaksanakan di sekolah.  Ia diurus dan ditadbir secara terancang mengikut prosuder yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiklsaan Malaysia.
2.2.        PBS terbahagi kepada dua bentuk format pentaksiran iaitu:
   I)    Kerja kursus (PEKA)
   ii)    Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

2.2.1 Kerja Kursus / PEKA
i.               Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran.
ii.            LPM membekalkan dokumen pentaksiran
iii.           LPM / JPN /PPD melantantik pemantau atau penyelaras
iv.           Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
v.         Markah dihantar kepada LPM
vi.       Sekolah mengeluarkan sijil

2.2.2   Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
i.          Calon ditaksir kemahiran lisan menerusi pelbagai konteks dalam
           situasi pengajaran dan pembelajaran.

           ii.            LPM membekalkan panduan

          iii.           LPM / JPN /PPD melantantik pemantau atau penyelaras

          iv.           Penskoran dan pelaporan oleh sekolah

           v.            Sekolah mengeluarkan sijil

3.     Prinsip-prinsip PBS
Dirancang diperingkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut :

3.1       Murid yang akan ditaksirkan, bila pentaksiran dibuat, kekerapan
     Pentaksiran, siapa yang terlibat dalampentaksiran, pemilihan  atau
     pembinaan pentaksiran, penskoran, penggredan dan pelaporan dibuat
     oleh pihak sekolah dengan berpandukan panduan PBS bagi matapelajaran 
     berkenaan.
3.2.        Ditadbitr di peringkat sekolah-merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
3.3.        Diskor di peringkat  sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
3.4.        Dilapor diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan sko oleh guru pentaksir bagi mendapatkantahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
3.5.        Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
3.6.        Pelaporan positif iaitu skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan
Murid dan ini boleh diperbaiki dan diperingkatkan dari semasake semasa.


4.     Aspek-Aspek  PBS
i.              Daya kreatif- mereka cipta, melukis dll.
ii.            Kemahiran proses sains-memerhati, membuat inferens dll.
iii.           Perlakuan amalan nilai- membantu, berdikari dll.
iv.           Sikap – bersemangat untuk belajar,gigih bekerja dlll.
v.            Kesihatan dan kecergasan- sihat, cergas, aktif dll.
vi.           Kemahiran kinestetik – bersukan, bergerak secara aktif  dll.
vii.          Bakat danminat – kesungguhan, membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu
     bidang.
ISL- Interaksi 15

PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN   

Definisi penilaian pengalaman pembelajaran:


- Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.

- Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.

- Pembelajaran merupakan salah atu cara guru mengetahui hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.


PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN:
TEMA : PENGALAMAN
i. KOMPETENSI DASAR
1. PKN
1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah
ii. INDIKATOR
1. PKN
• Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
• Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain- lain)
• Memberi contoh hidup rukun di rumah
• Membeni contoh hidup rukun di sekolah
• Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
• Menyebutkan manfaat hidup

iii. LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN

A. KEGIATAN AWAL
1. Doa bersama
2. Absensi siswa
3. Apresiasi: Menyanyikan lagu “Nama-Nama Hari”

B. KEGIATAN Inti
ü  Menceritakan hidup rukun di rumah
ü   Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
ü  Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
ü   Memberi contoh hidup rukun di rumah
ü   Memberi contoh hidup rukun di sekolah
ü   Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
ü  Menyebutkan manfaat hidup rukun
ü  Menyapa teman sebaya dengan benar
ü  Menggunakan kata tanya untuk menyapa orang lain
ü   Membuat kalimat sapaan secara lisan
ü   Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana)
ü  Membuat kalimat Tanya dengan benar
ü   Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penjurniahari bilangan 2 1-50
ü  Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 21-50
ü   Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan penjumlahan bilangan 21-50
ü  Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 2 1-50
ü   Bersama-sama menyanyikan lagu “Nama-nama Hari”
ü  Memberi contoh kegiatan yang lama atau sebentar
ü  Membedakan, waktu lama atau sebentar
ü   Melakukan kegiatan sehari-hari yang sebentar atau larna
ü  Menyebutkan urutan nama-nama hari dalam satu minggu
ü  Menyebutkan urutan nama-nama bulan dalam setahun
ü  Membedakan bentuk suatu benda
ü   Mengelompokkan benda yang sama bentuknya
ü  Menjelaskan perubahari bentuk benda melalui penlakuan yang berbeda
ü  Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
ü  Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
ü   Menceritakan dan menulis penistiwa menyenangkan yang pernah dialami
ü   Menceritakan dan menulis peristiwa tidak menyenangkan yang pernah dialami
ü  Menceritakan kembali hal-hal yang pemah dialami berdasarkan cerita orang tua atau orang lain
ü  Menyebutkan penistiwa yang pernah terjadi di lingkungan keluarga berdasarkan cerita orang tua atau orang lain
(Langkah-Jangkah kegiatan disesuaikan dengan jadwal pelajaran masing¬ masing sekoIah)


C. KEGIATAN AKHIR
1. Siswa melaksanakan tugas portofolio
2. Pelajaran ditutup dengan lagu “Aku Anak Sehat”

iv. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN

         a. METODE
        1. Ceramah
        2. Demonstrasi 
        3. Game
        4.Tanya Jawab
        5.Tugas


b. SUMBER
1. Buku Tematik Kelas I
(Terdiri dari PKN, B. Indonesia, Matematika, IPA, IPS)
2. Pengembangan Guru

c. MEDIA
1. Kartu bilangan 2. Kartu huruf
3. Kantu kata 4. Gambar-gambar yang relevan

v. PENILAIAN
1. Lisan 2. Tertulis
3. Perbuatan 4. Portofolio

CIRI-CIRI PENILAIAN PENGLAMAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN 

a. KAEDAH JIGSAW
Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).
- Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui
perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:

• Pergantungan secara positif
• Tanggungjawab
• Interaksi secara terus (bertentang mata)
• Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
• Penilaian kendiri secara berterusan
b. KRITIKAN TERBUKA

- Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
- Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.

- Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.

- Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.

c. PENILAIAN RAKAN KUMPULAN

- Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).

- Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut.

- Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.