ISL- Interaksi 9
Penilaian Kemahiran Berbahasa.
- Kemahiran Mendengar dan Bertutur.
-Kemahiran ini dianggap kemahiran yang diperolehi secara semulajadi oleh penutur sesuatu bahasa.
- Ini menyebabkan kemahiran ini diabaikan dalam pengajaran bahasa.
-Kemahiran ini perlu diajar secara sistematik supaya pelajar akan berkebolehan mendengar dan menguasai kecekapan bahasa dengan berkesan.
-Menurut J.Floyd(1985),mendapati kajian kecekapan mendengar penting dan perlu diajar bersama 3 kemahiran lain.
-Berikut merupakan peratus kemahiran bahasa yang dikaji oleh J.Floyd:
| Kemahiran Mendengar | 42 % |
| Kemahiran Bertutur | 32 % |
| Kemahiran Membaca | 15 % |
| Kemahiran Menulis | 11 % |
-Dalam kemahiran mendengar ,pelajar boleh memahami maksud yang didengar dalam tekas yang dirakamkan.
-Terdiri pelbagai jenis laras seperti laporan,ucapan,syarahan,perbincangan dan perbahasan.
-Kecekapan berbahasa pelajar dapat dilihat melalui kemahiran mendengar seperti berikut:
· Laporan- petikan teks yang mengandungi satu peristiwa dan disampaikan dalam gaya bahasa laporan yang ringkas dan tepat.
· Ucapan-rakaman teks yang mengandungi satu peristiwa dan disampaikan dalam gaya ucapan dengan menggunakan bahasa,intonasi dan sebutan yang betul.
· Syarahan- teks yang mempunyai tajuk tertentu dan disampaikan dengan menggunakan bahasa,intonasi,gaya dan suara yang menarik.
· Perbincangan- rakaman berdasarkan teks yang mengandungi perbincangan dalam situasi bilik darjah antara guru dengan pelajar yang mengandungi isi dan idea yang jelas,tepat dan teratur.
· Perbahasan- teks yang mengandungi buah fikiran dalam suatu perbahasan dengan menggunakan perbendaharaan kata dan susunan kata yang sesuai,gaya dan suara yang baik.
Kemahiran Bertutur
- Merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat,pendapat,perasaan,serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.Penekanan diberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.
- Aspek-aspek penting dalam kemahiran bertutur:
Ø Sebutan – kecekapan berbahasa pelajar jelas apabila pelajar mahir mengenal huruf dan bunyi setiap abjad,suku kata,perkataan,rangkai kata,dan ayat. Selain melatih pelajar menyebut dengan tepat,mereka juga perlu bertutur dengan betul mengikut bunyi,ejaan dan makna.
Ø Tekanan- satu cara menyebut perkataan,frasa,atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan.Misalnya sajak.
Ø Jeda- disebut sebagai persendian.Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan,rangkai kata atau ayat. Jeda digunakan sebagai hentian sebentar.
Ø Intonasi- keadaan yang menarik atau menurun sewaktu sesuatu ayat dilafazkan.Ia kadang kala disebut nada suara.Intonasi boleh menurun,menaik,mendatar,meninggi dan sebagainya.
Ø Tatabahasa- sistem ,peraturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat.Aspek yang dinilaikan ialah fonologi,morfologi dan sintaksis.
Ø Kelancaran- dinilai melalui kelancarannya menyampaikan idea,pandangan atau hujah yang baik,bernas,kemas,licin dan teratur.
Ø Kefasihan- perlu ada bagi pelajar dalam pertuturan agar lebih kemas,teratur dan lancar.Disamping pertuturan yang tepat dan jelas.
Kemahiran Membaca
-Membaca merupakan satu proses mengubah simbol-simbol grafik iaitu tulisan kepada konsep-konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental.
-Kemahiran ini perlu dikuasai oleh pelajar dimana penting untuk mengetahui tahap kemajuan murid.
-Pada asasnya,penilaian di sekolah pada masa ini dijalankan melalui pelbagai teknik iaitu lisan,pemerhatian dan penulisan.
Ciri-ciri Penilaian (Ammons,1972)
- Menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang
- Proses yang berterusan.
- Penilaian mengkehendaki sampel kerja murid yang mencukupi.
- Teknik penilaian seharusnya memberi peluang kepada murid merasai perubahan tingkah laku yang ingin dicapai.
- Terbuka dan tiada batasan.
Matlamat Dalam Penilaian Kemahiran Membaca:
- Matlamat Persepsi
- Matlamat Kognitif
- Matlamat Afektif
-Matlamat Persepsi:
> dalam penilaian,pelajar harus prihatin terhadap kebolehubahan
> mereka boleh menyesuaikan kadar membaca dan peka terhadap sesuatu
Konsep perkataan.
Matlamat Kognitif:
Ø Untuk mencapai matlamat ini dalam penilaian,keprihatinan harus ditumpukan terhadap jenis aras kemahiran yang digunakan semasa membaca
Matlamat Afektif
Ø Penilaian harus menimbulkan perasaan dan sikap murid atau pelajar terhadap bahan yang dibaca.
Ø Pelajar dinilai secara berterusan dengan jujur dan adil agar pelajar dapat mengalami setiap aras kesukaran(mudah kepada kompleks)
Proses Penilaian:
Ø Mengenal pasti idea keseluruhan
- Mesej utama yang disampaikan penulis
- Mengesan pandangan,pendapat,emosi penulis
- Kenal pasti prinsip penulisan:
-pengelasan mengikut kronologi
-pengelasan mengikut hierarki
-pengelasan mengikut ciri-ciri
> Mengenal idea utama dan sokongan
- Idea utama(1 atau lebih idea utama) (1 idea utama dalam satu perenggan
- Sokongan(huraian./keterangan yang menyokong idea utama)
- Disertai dengan contoh-contoh
> Membuat ramalan dan Kesimpulan
- dibuat sesudah pembaca mengesan isi tersirat
- baca dan teliti seluruh teks
- tidak semestinya disokong dengan contoh dan keterangan
- lahir daripada resolusi dan kefahaman pembaca.
Kesimpulan:
Penilaian kemahiran membaca juga dianggap sebagai salah satu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dan ianya penting bagi tujuan mengesan
tahap kemajuan atau pencapaian kemahiran membaca bagi setiap murid-
murid.
Penilaian Kemahiran Menulis
-kemahiran yang penting perlu diajar.
-Penulisan merupakan satu aspek penting dalam perakaman bahasa yang melibatkan fikiran,pengetahuan,teknik dan gaya.
-menulis karangan adalah teknik pengujian paling kerap digunakan bagi menguji kemahiran penulisan pelajar.
Tujuan Penulisan:
-mengetahui sejauh mana pelajar telah menguasai kemahiran ini dalam sesuatu bahasa.
-Heaton(1988)-kemahiran ini bukan sahaja memerlukan penguasaan aspek tatabahasa dan retrorik tetapi juga unsur konseptual dan penilaian.
-Komponen kemahiran menulis Heaton:
- penggunaan bahasa,kemahiran mekanikal,penggunaan isi,gaya dan kemahiran menilai.
Jenis Ujian:
-Ujian pencapaian- kait rapat dengan sesuatu kursus bahasa atau sukatan pelajaran dan berdasarkan objektif atau sukatan pelajaran.Tujuan menentukan pencapaian pelajar dalam objektif pelajaran.
-Ujian Pencapaian kemajuan- digunakan untuk mengukur kemajuan pelajar dalam sesuatu kursus.
-Ujian Diagnostik-mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar dalam kemahiran mengarang.
Cara Menguji:
-mencatat nota,mengembangkan maklumat berasaskan nota,mengisi borang,menulis surat dan menulis karangan berbentuk cerita,huraian,laporan dan pendebatan.
-peringkat awal penulisan boleh diuji dengan menyambung ayat dan peringkat tinggi boleh diuji dalam tugasan.
Jenis Tugasan:
-Tugasan Bebas- pelajar diberi satu tajuk dan dikehendaki menulis tanpa bimbingan.
-Tugasan Berpandu-diberi rangsangan dalam bentuk graf,jadual,gambar atau bahan bahasa yang lain untuk ditulis.
-Tugasan berdasarkan Pengalaman-diberi peluang mendapat bahan dan kemahiran melalui pengalaman sebelum mereka diberi tugasan yang sebenarnya untuk dilaksanakan.
Penulisan Ujian:
-untuk kesahihan isi dan juga kesan yang baik ke atas perenggan,pilihan antara kemahiran menulis ini perlu dibuat untuk diuji.
-sebelum ujian ditulis,perlu adakan spesifikasi ujian iaitu maklumat tentang isi,format yang diperuntukkan,peringkat perlakuan mengikut kriteria yang tertentu dan cara memberi markah.
Isi Ujian:
-tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar berdasarkan sukatan pelajaran.
- Jenis karangan-cerita,huraian,laporan,ulasan,dan pengumuman,arahan,nota,surat kiriman dan lain-lain.
-Penerima/pembaca(orang yang menerima/membaca apa yang ditulis oleh pelajar.
-Format dan masa-ujian dibentuk mengikut struktur termasuklah peruntukan masa dan jenis soalan.
Penilaian berdasarkan 3 aspek kebolehan dalam karangan:
-Isi kandungan
-Penyusunan
-Bahasa.
Teknik Penilaian Dalam Karangan:
-Teknik Global(Holistik)
- pemeriksa menilai kualiti sesuatu karangan berdasarkan tanggapan pemeriksa secara keseluruhan.
-menurut Heaton(1979),sebaik-baiknya 3 atau 4 orang pemeriksa menilai 1 karangan dan 1 persetujuan diambil untuk menentukan mutu karangan.
-terdapat skala pemarkahan yang menggunakan skala 5 mata,10 mata dan sebagainya.
-Skema pemarkahan menggunakan teknik global menurut Azman Wan Chik (1982)
-Teknik Perincian(Analitikal)
-cara pemarkahan yang menganalisa atau memecahkan kemahiran penulisan kepada beberapa aspek yang dianggap penting dalam menghasilkan karangan yang baik.
-Setiap satu aspek subkemahiran itu dinilai secara berasingan.
-Heaton(1979) ,berpendapat bahawa 5 aspek yang penting yang perlu diteliti secara berasingan adalah:tatabahasa,perbendaharaan kata,kaitan isi dengan tajuk,kelancaran dan aspek mekanis.
-Menurut Abdul Aziz Abdul Talib(1993),subkemahiran adalah seperti berikut:
-Kemahiran struktur dan gaya.
-Kemahiran memilih isi
-Kemahiran perbendaharaan kata
-kemahiran menyusun
-Kemahiran mekanis.
No comments:
Post a Comment