Monday, February 7, 2011

JENIS PENILAIAN BAHASA (Ujian Kemajuan)

·         Ujian Formatif
·         Sumatif
·         Ujian Kefasihan
·         Kemajuan
·         Ujian Bakat
·         Pencapaian
           
   Ujian Kemajuan :
  • Setiap ujian kemajuan yang digunakan did lm kelas adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.

  • Berasaskan objektif pengajaran. Pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar.
  • Bertujuan mengukur dan menilai setakat mana pelajar2 telah menguasai bahan atau perkara2 yang diajar tentang satu2 tajuk tertentu.

  • Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.

  • Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.

  • Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui denganlebih jelas tentang kemajuan setiao orang pelajar dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan.

JENIS PENILAIAN BAHASA (Ujian Kefasihan)

·         Ujian Formatif
·         Sumatif
·         Ujian Kefasihan
·         Kemajuan
·         Ujian Bakat
·         Pencapaian
Ujian Kefasihan
  • Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.

  • Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kmpulan pembelajran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.


  • Untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan

  • Ujian kefasihan dinilai dari segi:
Ø  Pengucapan dan penyebutan dengan betul dan terang
Ø  Kadar kelajuan bacaan sesuai dengan bahan yang dibaca.
Ø  Intonasi dan nada yang betul
Ø  Pemilihan ungkapan yang betul
Ø  Mimic muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas
Ø  Pososo tubuh yang betul
Ø  Kedudukan buku yang betul
Ø  Perferakkan mata (mata pembaca yang lamah akan berhenti untuk menyerap perkataan)
Ø  Pembaca yang fasih boleh mengenalpasti struktur ayat dan mampu memecahkan ayat2 yang panjang menjadi bahagian2 kecil.
Ø  Perbuatan menunjuk ketika membaca boleh mengganggu kefasihan membaca.
  • Ujian kefasihan pentng untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang. Kefasihan seseorang berbahasa bergantung kepada latar belakang penguasaan bahasa.
  • Kefasihan mempengaruhi kemahiran berkomunikasi secara berkesan dan menjadi criteria bagi pengelompokan dari segi kebolehan penguasaannya.

JENIS PENILAIAN BAHASA (Ujian Pencapaian)

·         Ujian Formatif
·         Sumatif
·         Ujian Kefasihan
·         Kemajuan
·         Ujian Bakat
·         Pencapaian
Ujian Pencapaian
  • Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.
  • Ujian pencapaian ertujuan untuk menentukan setakat manakah pelajar telah emnguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka.
  • Soalan-soalan yang dikemukakan mestilah berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.
  • Boleh dijadikan pada akhir kursus ataupun setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau mengikut penggal atau semester pesekolahan.
  • Berbeza daripada ujian kemajuan.bersifat menyeluruh dan pencapaian lebih rasmi.
Contohnya UPSR, PMR, dan SPM

JENIS PENILAIAN BAHASA (Ujian Bakat)

Ujian Bakat
  • Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

  • Mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing sama ada secara khusus atau keseluruhan.


  • Selalunya melibatkan data2 bahasa ayng ‘artifical’ mengandungi pelbagai unsure bahasa seperti fonetik, tatbahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.
  • Terbahagi kepada 2 kumpulan:
i.              Berasaskan kajian besar-besaran mirip kepada bidang mekanikal.contohnya Seashore Measures of Musical Talents digunakan sehingga sekarang untuk menentukan bakat yang ada pada seseorang.
ii.             Berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dibentuk dan digunakan bagi memenuhi sesuatu kepaerluan (lebih sesuai dalam bidang bahasa).

  • Kesimpulannya, ujian bakat merupakan satu ujian yang khusus untuk menelaah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

  • kemahiran berbahasa yang diuji dalam ujian bakat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, menjadi perkara utama dalam pendidikan bahasa.

JENIS PENILAIAN BAHASA (Ujian Sumatif)

·         Ujian Formatif
·         Sumatif
·         Ujian Kefasihan
·         Kemajuan
·         Ujian Bakat
·         Pencapaian

Ujian Sumatif
  • Untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran yang telah diajar secara jangka masa yang panjang, umpamanya selepas satu-satu semester/ selepas satu tahun persekolahan.

  • Melibatkan semua kemahiran aspek bahasa. Lisan/bacaan dan penulisan.

  • Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.

Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif

Ujian Formatif

•Mengecam pencapaian murid mengikut sesuatu kemahiran
•Dijalankan secara formal atau tidak formal (teknik kuiz, soal jawab, dan sebagainya)
•Berlaku dalam jangka masa yang pendek (selepas murid memperlajari sesuatu kemahiran)
•Dilaksanakan secara berterusan.
•Tajuk atau soalan yang diuji adalah terhad.
•Aras kesukaran soalan berubah-ubah.
•Tatabahasa kurang dipentingkan (teknik soal jawab)
•Markah yang diperoleh oleh murid adalah umum (lulus ataupun gagal)
•Contoh : Ujian bulanan

Ujian Sumatif

•Mengesan pencapaian murid secara keseluruhan (pada akhir pembelajaran kesemua kemahiran)
•Dijalankan secara formal pada waktu yang telah ditetapkan
•Tempoh masa adalah panjang iaitu setelah kesemua kemahiran dipelajari oleh murid)
•Dijalankan untuk proses pensijilan
•Contoh : UPSR, PMR, SPM,STPM, dan sebagainya.

JENIS PENILAIAN BAHASA

·         Ujian Formatif
·         Sumatif
·         Ujian Kefasihan
·         Kemajuan
·         Ujian Bakat
·         Pencapaian

1. JENIS PENILAIAN BAHASA (Ujian Formatif)
Ujian Formatif
  • Bahan untuk menguji sesuatu unit kemahiran/subkemahiran bahasa yang telah diajar.

  • Berasaskan sesuatu kemahiran, subkemahiran / sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang pendek seperti mingguan/bulanan.

  • Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.

  • Tujuan: untuk menguji kemajuan murid dalam penguasaan sesuatu subkemahiran bahasa.

  • Contoh: Dalam bulan Januari, guru telah mengajar muridnya 10 simpulan bahasa, dan pada akhir bulan itu dia ingin menguji pemahaman muridnya tentang 10 simpulan bahasa tersebut.