Monday, February 7, 2011

JENIS PENILAIAN BAHASA (Ujian Sumatif)

·         Ujian Formatif
·         Sumatif
·         Ujian Kefasihan
·         Kemajuan
·         Ujian Bakat
·         Pencapaian

Ujian Sumatif
  • Untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran yang telah diajar secara jangka masa yang panjang, umpamanya selepas satu-satu semester/ selepas satu tahun persekolahan.

  • Melibatkan semua kemahiran aspek bahasa. Lisan/bacaan dan penulisan.

  • Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.

Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif

Ujian Formatif

•Mengecam pencapaian murid mengikut sesuatu kemahiran
•Dijalankan secara formal atau tidak formal (teknik kuiz, soal jawab, dan sebagainya)
•Berlaku dalam jangka masa yang pendek (selepas murid memperlajari sesuatu kemahiran)
•Dilaksanakan secara berterusan.
•Tajuk atau soalan yang diuji adalah terhad.
•Aras kesukaran soalan berubah-ubah.
•Tatabahasa kurang dipentingkan (teknik soal jawab)
•Markah yang diperoleh oleh murid adalah umum (lulus ataupun gagal)
•Contoh : Ujian bulanan

Ujian Sumatif

•Mengesan pencapaian murid secara keseluruhan (pada akhir pembelajaran kesemua kemahiran)
•Dijalankan secara formal pada waktu yang telah ditetapkan
•Tempoh masa adalah panjang iaitu setelah kesemua kemahiran dipelajari oleh murid)
•Dijalankan untuk proses pensijilan
•Contoh : UPSR, PMR, SPM,STPM, dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment