· Ujian Formatif
· Sumatif
· Ujian Kefasihan
· Kemajuan
· Ujian Bakat
· Pencapaian
1. JENIS PENILAIAN BAHASA (Ujian Formatif)
Ujian Formatif
- Bahan untuk menguji sesuatu unit kemahiran/subkemahiran bahasa yang telah diajar.
- Berasaskan sesuatu kemahiran, subkemahiran / sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang pendek seperti mingguan/bulanan.
- Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.
- Tujuan: untuk menguji kemajuan murid dalam penguasaan sesuatu subkemahiran bahasa.
- Contoh: Dalam bulan Januari, guru telah mengajar muridnya 10 simpulan bahasa, dan pada akhir bulan itu dia ingin menguji pemahaman muridnya tentang 10 simpulan bahasa tersebut.
No comments:
Post a Comment