Saturday, June 11, 2011

ISL-Interaksi 12

Power Point
Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafik yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘transitions’ dan ‘animations’, ‘drawing tools’ dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.

Kriteria pemarkahan
  1. Papan cerita atau story board disusun dengan teratur mengikut cerita atau, keutamaan contohnya tajuk dipaparkan terlebih dahulu kemudiannya cerita mengikut  sirinya.
  2. Keseimbangan dari segi saiz, kedudukan, warna dan ruang.
  3. Ketegasan atau penekanan diberi kepada elemen yang utama melalui sudut saiz, warna,kedudukan, huruf dan sebagainya.
  4. Konsisten dari segi warna, kedudukan elemen utama, warna latar belakang,kedudukan tajuk,isi pelajaran, arahan gambar,format skrin dan menu.
  5. Rekabentuk berdasarkan isi kandungan iaitu penampilan persembahan mengambarkan isi kandungan persembahan contohnya memilih imej yang sesuai dengan isi kandungan yang hendak disampaikan.
  6. Grafik yang digunakan menambah kefahaman dan meningkatkan daya ingatan  pada sesuatu fakta.





Iklan

      Iklan adalah satu bentuk komunikasi untuk memotivasikan atau menarik seseorang pembeli. Ia juga boleh mempengaruhi  seseorang untuk  berfikir dan bertindak mengikut keinginan si pemasang iklan tersebut.Pada dasarnya iklan juga digunakan oleh pengusaha atau perusahaan untuk menyampaikan informasi tentang sesuatu barang khususnya kepada pelanggan melalui media massa seperti televisyen, radio, surat khabar dan sebagainya.


Peranan Iklan

i.              Mempromosikan sesuatu barangan yang dihasilkan oleh sesebuah perusahaan.
ii.            Mengembangkan kepercayaan masyarakat terhadap produk yang dihasilkan.
iii.           Menjalinkan komunikasi secara efektif dan efisien dengan masyarakat luas
      sehingga membentuk pemahaman dan pengertian yang sama.
iv.           Sebagai ajen perubahan kepada nilai-nilai yang baik bagi sesebuah masyarakat
      contohnya iklan budi bahasa, gunakan bahasa kebangsaan dan iklan
      mengenai nilai-nilai moral.


Kriteria pemarkahan

i.              Kata-kata yang di dengar ( heardword)  iaitu kata-kata yang didengar dalam iklan
Yang menambah kefahaman akan maksud atau mesej yang hendak
Disampaikan.
ii.            Kata-kata yang ditulis( seensword ) bermaksud kata-kata yang dilihat pada iklan  akan mempengaruhi penonton.
iii.           Gambar atau tayangan yang meliputi objek, pelakon dan adegan sesuai dengan mesej iklan
iv.           Komposisi, keserasian warna gambar serta pencahayaan  yang sesuai pada iklan.
v.            Gerakan  yang ditayangkan pada iklan dapat mempengaruhi emosi seseorang penonton .
vi.           Kesan atau efek yang dimaksudkan iaitu iklan yang ditonton dapat mempengaruhi penonton dari segi pemikiran dan sikap.


Poster
Poster adalah gambar pada sehelai kertas berukuran besar yang digantung atau ditampal di dinding atau permukaan lain.Postermerupakan alat untuk mengiklankan sesuatu,  sebagai alat propaganda, protes serta untuk menyampaikan maksud-maksud lain  dan pesanan.sebagai Sebuah poster biasanya berisi gambar ilustrasi dengan warna-warna yang indah dan beberapa teks.Maka dengan itu  poster adalah satu bahagian seni grafik yang memiliki gaya, aliran ataupun trend tersendiri yang tidak lepas dari suatu zaman iaitu ia sentiasa akan berubah dari segi cara pembinaaan atau pembuatannya mengikut masa.

Peranan Poster
i.              Alat untuk mengiklan sesuatu produk.
ii.            Alat propaganda atau protes.
iii.           Mempromosikan kegiatan pendidikan atau sesuatu aktiviti seperti hiburan.
iv.           Seni ataupun hiasan

Kriteria pemarkahan
1.       Keseimbangan/ balencing . Bentuk, ukuran, warna dan komposisi yang seimbang
2.       Alur baca/movment. Alur baca yang disusun atur secara sistematik iatu boleh mengarah mata pembaca, membaca satu bahagian ke satu bahagian
3.       Penekanan/Emphasis. Latar belakang yang kontras dengan tulisan dan  gambar.Perbezaan jenis, ukuran dan warna huruf yang sangat baik.
4.       Kesatuan/ Unity. Bahagian-bahagian dipisah atau digabung mengikut kelompok informasi yg hendak disampaikan diatur sangat baik.Contoh vanue hendaklah dekat dgn tarikh.
5.       Kesan / Specifical Appeal. Tema sangat sesuai dgn tujuan poster.Ia mendatangkan kesan kepada orang yang melihatnya. Contohnya kempen anti dera boleh menyentuh perasaan orang yang melihatnya



Brosur
Brosur, pamflet, atau buklet adalah terbitan tidak berkala yang dapat terdiri dari satu hingga sejumlah kecil halaman, tidak terkait dengan terbitan lain, dan selesai dalam sekali terbit. Halamannya sering dijadikan satu (antara lain dengan stapler, benang, atau kawat). Menurut definisi UNESCO, brosur adalah terbitan tidak berkala yang tidak dijilid keras, lengkap (dalam satu kali terbitan), memiliki paling sedikit 5 halaman tetapi tidak lebih dari 48 halaman.

Ciri-ciri Brosur
i.              Bila terdiri dari satu halaman, brosur atau pamflet umumnya dicetak pada kedua
     sisi, dan dilipat dengan pola lipatan tertentu hingga membentuk sejumlah panel          yang terpisah.
ii.            Brosur yang hanya terdiri dari satu lembar/halaman sering disebut selebaran
     (bahasa Inggris: leaflet, flier, atau flyer). Selain itu,
iii.           brosur yang memuat informasi tentang produk disebut juga sebagai katalog
      produk atau hanya disebut katalog.
iv.  Brosur yang memuatkan informasi atau penjelasan tentang suatu produk,  
      perkhidmatan , profil perusahaan, sekolah, atau dimaksudkan sebagai iklan.
iv.           Informasi dalam brosur ditulis dalam bahasa yang ringkas, dan mudah difahami
     dalam waktu yang singkat.
v.            Brosur juga direka agar menarik perhatian, dan dicetak di atas kertas yang baik
      untuk menimbulkan tanggapan yang baik terhadap perkhidmatan atau produk.

Kriteria penilaian  brosur
  1. Tajuk atau kenyataan yang hendak disampaikan difahami dengan jelas oleh pembaca atau pengunjung.
  2. Maklumat sokongan tentang tajuk menambah kefahaman pengunjung.
  3. Bentuk, ukuran, warna dan komposisi yang seimbang
  4. Alur baca yang disusun atur secara sistematik iatu boleh mengarah mata pembaca, membaca satu bahagian ke satu bahagian
  5. Latar belakang yang kontras dengan tulisan dan  gambar. Perbezaan jenis, ukuran dan warna huruf yang sangat baik.
  6. Bahagian-bahagian dipisah mengikut kelompok informasi yg hendak disampaikan diatur denganbaik.Contoh vanue hendaklah dekat dengan tarikh.
  7. Grafik yang sesuai dan menarik













ISL INTERAKSI 10

SYARAHAN
      berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
            (a) Kata alu-aluan/pendahuluan
            (b) Kata-kata penghadapan
            (c) Isi
            (d) Penutup
      Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
      Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
      Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
      Yang berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk menghasilkan sesuatu syarahan.
      Peringkat dan Langkah/Kemahiran:
Persediaan
      Memahami tajuk dan kehendak soalan.
      Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
       Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan
Penulisan
      Menulis perenggan pendahuluan
      Mengembangkan isi-isi secara tersusun
      Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
Penyemakan
      Menyemak ejaan dan tanda baca
      Menyemak tatabahasa
          Menyemak jumlah perkataan



FORUM
·         Satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
·         Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampai- kan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif, dan rasional.
·         Tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
·         Soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.
·         Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
·         Ia terdiri daripada dua pihak iaitu pihak pertama merupakan pihak penyokong tajuk perdebatan manakala pihak kedua ialah pembangkang kepada tajuk tersebut.
·         Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
·         Setiap pihak haruslah yakin dan sentiasar menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
·         Sekiranya fakta yang diberikan pihak penyokong tidak bernas, maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk membetulkan fakta tadi.
·         Setelah selesai, maka sesi pengulasan akan dibuat.
·         Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. markah tidak diberikan untuk lebihan masa.




PIDATO
      ia mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
       interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
       berpidato merupakan penerangan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
      ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.
      pidato dimulakan dengan kata-kata aluan kemudian perkenalkan tajuk.
      ia menitikberatkan intonasi serta gaya penyampaian yang tersendiri.
      keyakinan diri iaitu kepetahan bercakap, kelancaran menggunakan bahasa, nada suara pelbagai, gaya badan dan mimik muka yang sesuai.
      ketepatan masa di ambil kira dalam aktiviti pidato.



SAJAK
      satu bentuk puisi lisan moden.
      ia berbentuk bebas iaitu rangkap dan temanya tidak terikat.
      ia menitikberatkan intonasi dalam mendeklamasikan sajak.
      gaya bahasa yang pelbagai dan bercampur2.
      penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.







CERAMAH
      Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
      Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
      Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan. Antara jenis-jenis ceramah ialah :-
            i) Ceramah agama
            ii) Ceramah pendidikan
            iii) Ceramah kesihatan
            iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya.

PANTUN
      Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
      Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, dalam bentuk kias ibarat, usik mengusik,uji menguji di kalangan masyarakat.
      Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
      Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”
      Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan.
      Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
      Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.
      Antara ciri-ciri pantun ialah :-
            i) Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan
            ii) Bahasa bebas dari pantang larang
            iii) Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan.
            iv) Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham

Interaksi 9

01.Penilaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur
Penilaian lisan dibuat untuk  mendapatkan maklumat hasil interaksi antara:
a.    Pelajar dengan pendidik
b.    Pelajar dengan pelajar
c.    Pelajar dengan bahan pembelajaran

Aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah :
a.    Kefahaman konsep
b.    Pengetahuan fakta
c.    Pemikiran Peringkat tinggi
d.    Kecekapan mendengar
e.    Penggunaan bahasa yang tepat
f.     Gaya persembahan
g.    Kelancaran bahasa
h.    Pertuturan dan sikap

Fungsi Mentaksir Kemahiran Lisan
a.    Mengesan pencapaian dan kemajuan murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur.
b.    Mendapat maklum balas serta merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
c.    Mengesan kelancaran murid dalam sebutan.
d.    Melihat secara terus  pertuturan dan sikap murid

Cara Pentaksiran
a.    Penilaian orang lain
b.    Pemerhatian
c.    Sampel bahasa
d.    Pengujian tidak formal
e.    Soaljawab



Contoh Langkah-Langkah Mentaksir Kemahiran Lisan Menggunakan Kaedah Pemerhatian

1.    Guru menentukan objektif pentaksiran dibuat. Contohnya Murid boleh bercerita tentang keluarga sendiri menggunakan tatabahasa, struktur ayat dan sebutan yang betul dengan lancar
2.    Guru memilih kaedah mentaksir iaitu melalui Kaedah pemerhatian.
3.    Menyediakan instrumen pentaksira misalnya borang senarai semak. .
4.    Guru menentukan  pendekatan yang sesuai.contoh murid bercerita tentang keluarga dengan rakan dalam kumpulan.
5.    Guru melaksanakan pentaksiran semasa sesi P&P.
6.    Menganalisis skor atau prestasi murid dalam borang yang telah disediakan
7.    Membuat tindakan susulan.


02. Penilaian Kemahiran Membaca

Kemahiran bacaan terbahagi kepada dua bahagaian iaitu:
a.    Kemahiran memecahkan kod
b.    Kemahiran Kefahaman

Fungsi Mentaksir Kemahiran Bacaan
a.    Mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran bacaan seperti sebutan, tanda baca, tatabahasa dan lain-lain.
b.    Mengenalpasti masalah murid dari segi memecahkan kod, mengenal perkataan, kelancaran seterusnya kefahaman  tentang bahan yang dibaca.
c.    Guru dapat mengesan aspek kelemahan murid dan mengambil langkah-langkah pemulihan yang sepatutnya.

Cara Pentaksiran Kemahiran Bacaan
  1.  Senarai semak
  2. Analisis ralat

Contoh Langkah-Langkah Mentaksir Kemahiran Bacaan  Menggunakan Senarai Semak

1.    Guru menentukan objektif pentaksiran dibuat. Contohnya mengesan kelemahan murid dari segi kefasihan membaca.
2.    Guru memilih kaedah mentaksir iaitu menggunakan senarai semak
3.    Menyediakan instrumen pentaksiran misalnya borang senarai semak termasuk kriteria-kriteria yang diuji contohnya peninggalan,penambahan, penggantian,salah sebutan, teragak-agak, terbalik, meninggalkan tanda baca dan pengulangan.
4.    Guru menentukan  pendekatan yang sesuai contohnya membaca cerita pendek.
5.    Guru melaksanakan pentaksiran semasa sesi P&P iaitu menanda  kesilapan-kesilapan yang berlaku pada borang senarai semak.
6.    Menganalisis skor atau prestasi murid dalam borang senarai semak  yang telah disediakan
7.    Membuat tindakan susulan.


03.Penilaian Kemahiran Menulis
Peringkat kemahiran menulis
  1. Pra tulisan
  2. Tulisan mekanis
  3. Penulisan mentalis
  4. Kemahiran mengarang

Fungsi Mentaksir Kemahiran Menulis
  1. Maklumat kepada guru tentang keberkesanan pengajaran mereka ataupun tidak.Adakah pengajaran mereka difahami,latihan yang cukup diberi dan sekiranyaa gurumembuat penilaiankendiri ia dapat memperbaiki kelemahan diri.
  2. Murid  yang ditaksir dan tahu akan keputusannya akan membantu murid meningkatkan prewstasi pembelajaran dan berusahmemperbaikinya.
  3. Mengesan aspek kelemahan murid seterusnya membantu guru menyediakan kerja pemulihan pada murid yang memerlukannya.
  4.  Guru dapat mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan sediaadamurid.
  5. Guru dapat menilai bahan-bahan,  teknik dan kaedah pengajaran meraka.
  6. Membuat perbandingan prestasi antara pelajar.

Cara Pentaksiran Kemahiran Menulis
  1. Rekod dan laporan
  2. Sampel kerja
  3. Ujian,
  4. Probe
  5. Ujian rujukan kriteria
  6. Ujian rujukan norma
  7. Analisis tugasan
  8. Analisis ralat

Contoh Langkah-Langkah Mentaksir Kemahiran Menulis  Menggunakan sampel kerja.
a.    Guru menyediakan alat pentaksir iaitu borang senarai semak kriteria-kriteria yang akan dinilai contohnya menulis huruf mengikut garisan yang betul, menulis huruf terbalik, jarak huruf terlalu dekat dan sebagainya.
b.    Menganalisis sampel kerja murid menggunakan borang senarai semak yang disediakan.
c.    Membuat kesimpulan dan merancang langkah-langkah yang perlu untuk membantu murid dalam masalah mereka.