SYARAHAN
• berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
• Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
• Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
• Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
• Yang berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk menghasilkan sesuatu syarahan.
• Peringkat dan Langkah/Kemahiran:
Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan.
• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan
Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan
FORUM
· Satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
· Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampai- kan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif, dan rasional.
· Tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
· Soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.
· Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
· Ia terdiri daripada dua pihak iaitu pihak pertama merupakan pihak penyokong tajuk perdebatan manakala pihak kedua ialah pembangkang kepada tajuk tersebut.
· Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
· Setiap pihak haruslah yakin dan sentiasar menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
· Sekiranya fakta yang diberikan pihak penyokong tidak bernas, maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk membetulkan fakta tadi.
· Setelah selesai, maka sesi pengulasan akan dibuat.
· Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. markah tidak diberikan untuk lebihan masa.
PIDATO
• ia mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
• interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
• berpidato merupakan penerangan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
• ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.
• pidato dimulakan dengan kata-kata aluan kemudian perkenalkan tajuk.
• ia menitikberatkan intonasi serta gaya penyampaian yang tersendiri.
• keyakinan diri iaitu kepetahan bercakap, kelancaran menggunakan bahasa, nada suara pelbagai, gaya badan dan mimik muka yang sesuai.
• ketepatan masa di ambil kira dalam aktiviti pidato.
SAJAK
• satu bentuk puisi lisan moden.
• ia berbentuk bebas iaitu rangkap dan temanya tidak terikat.
• ia menitikberatkan intonasi dalam mendeklamasikan sajak.
• gaya bahasa yang pelbagai dan bercampur2.
• penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.
CERAMAH
• Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
• Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
• Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan. Antara jenis-jenis ceramah ialah :-
i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya.
PANTUN
• Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
• Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, dalam bentuk kias ibarat, usik mengusik,uji menguji di kalangan masyarakat.
• Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
• Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”
• Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan.
• Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
• Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.
• Antara ciri-ciri pantun ialah :-
i) Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan
ii) Bahasa bebas dari pantang larang
iii) Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan.
iv) Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham
No comments:
Post a Comment