01.Penilaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur
Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara:
a. Pelajar dengan pendidik
b. Pelajar dengan pelajar
c. Pelajar dengan bahan pembelajaran
Aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah :
a. Kefahaman konsep
b. Pengetahuan fakta
c. Pemikiran Peringkat tinggi
d. Kecekapan mendengar
e. Penggunaan bahasa yang tepat
f. Gaya persembahan
g. Kelancaran bahasa
h. Pertuturan dan sikap
Fungsi Mentaksir Kemahiran Lisan
a. Mengesan pencapaian dan kemajuan murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur.
b. Mendapat maklum balas serta merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
c. Mengesan kelancaran murid dalam sebutan.
d. Melihat secara terus pertuturan dan sikap murid
Cara Pentaksiran
a. Penilaian orang lain
b. Pemerhatian
c. Sampel bahasa
d. Pengujian tidak formal
e. Soaljawab
Contoh Langkah-Langkah Mentaksir Kemahiran Lisan Menggunakan Kaedah Pemerhatian
1. Guru menentukan objektif pentaksiran dibuat. Contohnya Murid boleh bercerita tentang keluarga sendiri menggunakan tatabahasa, struktur ayat dan sebutan yang betul dengan lancar
2. Guru memilih kaedah mentaksir iaitu melalui Kaedah pemerhatian.
3. Menyediakan instrumen pentaksira misalnya borang senarai semak. .
4. Guru menentukan pendekatan yang sesuai.contoh murid bercerita tentang keluarga dengan rakan dalam kumpulan.
5. Guru melaksanakan pentaksiran semasa sesi P&P.
6. Menganalisis skor atau prestasi murid dalam borang yang telah disediakan
7. Membuat tindakan susulan.
02. Penilaian Kemahiran Membaca
Kemahiran bacaan terbahagi kepada dua bahagaian iaitu:
a. Kemahiran memecahkan kod
b. Kemahiran Kefahaman
Fungsi Mentaksir Kemahiran Bacaan
a. Mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran bacaan seperti sebutan, tanda baca, tatabahasa dan lain-lain.
b. Mengenalpasti masalah murid dari segi memecahkan kod, mengenal perkataan, kelancaran seterusnya kefahaman tentang bahan yang dibaca.
c. Guru dapat mengesan aspek kelemahan murid dan mengambil langkah-langkah pemulihan yang sepatutnya.
Cara Pentaksiran Kemahiran Bacaan
- Senarai semak
- Analisis ralat
Contoh Langkah-Langkah Mentaksir Kemahiran Bacaan Menggunakan Senarai Semak
1. Guru menentukan objektif pentaksiran dibuat. Contohnya mengesan kelemahan murid dari segi kefasihan membaca.
2. Guru memilih kaedah mentaksir iaitu menggunakan senarai semak
3. Menyediakan instrumen pentaksiran misalnya borang senarai semak termasuk kriteria-kriteria yang diuji contohnya peninggalan,penambahan, penggantian,salah sebutan, teragak-agak, terbalik, meninggalkan tanda baca dan pengulangan.
4. Guru menentukan pendekatan yang sesuai contohnya membaca cerita pendek.
5. Guru melaksanakan pentaksiran semasa sesi P&P iaitu menanda kesilapan-kesilapan yang berlaku pada borang senarai semak.
6. Menganalisis skor atau prestasi murid dalam borang senarai semak yang telah disediakan
7. Membuat tindakan susulan.
03.Penilaian Kemahiran Menulis
Peringkat kemahiran menulis
- Pra tulisan
- Tulisan mekanis
- Penulisan mentalis
- Kemahiran mengarang
Fungsi Mentaksir Kemahiran Menulis
- Maklumat kepada guru tentang keberkesanan pengajaran mereka ataupun tidak.Adakah pengajaran mereka difahami,latihan yang cukup diberi dan sekiranyaa gurumembuat penilaiankendiri ia dapat memperbaiki kelemahan diri.
- Murid yang ditaksir dan tahu akan keputusannya akan membantu murid meningkatkan prewstasi pembelajaran dan berusahmemperbaikinya.
- Mengesan aspek kelemahan murid seterusnya membantu guru menyediakan kerja pemulihan pada murid yang memerlukannya.
- Guru dapat mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan sediaadamurid.
- Guru dapat menilai bahan-bahan, teknik dan kaedah pengajaran meraka.
- Membuat perbandingan prestasi antara pelajar.
Cara Pentaksiran Kemahiran Menulis
- Rekod dan laporan
- Sampel kerja
- Ujian,
- Probe
- Ujian rujukan kriteria
- Ujian rujukan norma
- Analisis tugasan
- Analisis ralat
Contoh Langkah-Langkah Mentaksir Kemahiran Menulis Menggunakan sampel kerja.
a. Guru menyediakan alat pentaksir iaitu borang senarai semak kriteria-kriteria yang akan dinilai contohnya menulis huruf mengikut garisan yang betul, menulis huruf terbalik, jarak huruf terlalu dekat dan sebagainya.
b. Menganalisis sampel kerja murid menggunakan borang senarai semak yang disediakan.
c. Membuat kesimpulan dan merancang langkah-langkah yang perlu untuk membantu murid dalam masalah mereka.
No comments:
Post a Comment