Friday, March 18, 2011

Interaksi 6

1.Penilaian Melalui Portfolio

Penilaian portfolio ialah satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.

1.1.        Ciri-ciri Portfolio
  • portfolio berbentuk dokumentasi, berstruktur yang memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang berkualiti.
  • proses pembelajaran melalui portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kreatif dan kritis serta pemilihan maklumat dari peringkat awal hingga akhir.
  • kaedah ini menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan dari semua pihak.
  • kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik
  • portfolio yang bersifat reflektif yang dirangsangkan melalui soalan2.

1.2.        Fungsi /Kegunaan Portfolio

·         Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
·         Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
·          Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
·         Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugasan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.

·         Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

1.3.   Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.
1. Porfolio kerja harian
2. Portfolio hasil terbaik
3. Portfolio dokumen.

1.3.1.  Portfolio Kerja Harian
*    Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.

1.3.2. Portfolio Hasil Terbaik
*    Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
*    Berbentuk sumatif

1.3.3. Portfolio Dokumen
*   Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.




1.4.        Perancangan Portfolio
      Beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio iaitu :
1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

1.5.        Bagaimana Portfolio dinilai?

·         Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
·         Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
·         Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

1.6.        Merekod Penilaian Portfolio
  • Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
  • Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penentuan gred.


1.7.        Kriteria penilaian
  1. Struktur dan organisani
  2. Strategi pengurusan
  3. Variasi isi yang sesuai
  4. Struktur ayat dan gaya bahasa
  5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
  6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
  7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

  
2.    Penilaian Melalui Pemerhatian
                 Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai instrumen..Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.

2.1. Jenis Pemerhatian

Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati , iaitu:-
  • Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan(judgement)
  • Memerhati apa yang telah dirancang secara “open ended”
  • Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang


2.2. Contoh-contoh Rekod Penilaian Pemerhatian
·         Rekod anekdot
·         Senarai semak
·         Skala kadar
·         Rekod Profil



2.3.   Fungsi

2.3.1.   Penilaian melalui pemerhatian :
  • digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran
  • dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran
  • dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek
2.3.2     Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti
  • menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan
  • meningkatkan motivasi pelajar
  • mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi pelajar

2.3.3.   Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor.

2.3.4.   Pemerhatian yang terancang membantu guru :

  • Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong/menolak minat tersebut
  • Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif
  • Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar
  • Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar
  • Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan
  • Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran , rakan sebaya dan terhadap diri sendiri.




2.4.        Strategi Pelaksanaan
Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah :
  • dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang
  • menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran
  • dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian
  • Proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensel dan kertas atau berkomputer mengikut keperluan dan kesesuaian.
  • tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian hendaklah dibuatselepas mengkaji kesan dan implikasinya ke atas pelajar.
  • jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan



No comments:

Post a Comment