Monday, May 23, 2011

Interaksi 12

Interaksi -12
Penilaian Bahasa Berasaskan Projek.

1.    Brosur
Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.
Rubrik Penilaian Brosur:
a)    Lemah(0-5)
b)    Sederhana(6-8)
c)    Cemerlang(9-10)

Gred/Kriteria
Lemah   ( 0-5 )
Sederhana(6-8)
Cemerlang(9-10)
Kreativiti dan
keaslian
Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain
Mempunyai kekreatifan dan keaslian
Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.

Fungsi

Reka bentuk dan paparan yang salah

Reka bentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik

Reka bentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenarnya.
Tatabahasa
Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah
Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki
Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik,jelas dan tidak mengandungi kesalahan
Ilustrasi
Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi
Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi syarat
Menggunakan ilustrasi yang pelbagai,menarik dan sesuai.


2.    POWER POINT
· Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafik yang lengkap.
· Menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional.
· Melalui perisian asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘dan ciri-ciri pengawalan masa.
· Penguasaan yang baik dalam perisian ini akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.

Matlamat dan Objektif
• Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa.
• Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
-Hasil ciptaan sendiri
-Berkonsepkan pembelajaran kendiri
-Berasaskan Windows
-Interaktif
Melalui pembentangan isi
· Topik yang disampaikan
· Idea
· Persembahan paparan yang menarik ,pembinaan laras bahasa yang sesuai dengan audiens
· Penggunaan teknologi maklumat yang berkesan
·         Cara penyampaian kepada audiens
· Berkeyakinan
· Tidak membaca paparan sepenuhnya
· Memahami topik yang dibincangkan
· Dapat memahami kemahuan audiens
· Sesuai dengan golongan sasar
· Tidak menyentuh isu-isu yang sensitif
· Tidak mengambil masa yang lama (padat dan tepat)
Aspek Penilaian Adalah Seperti Berikut
1.                   Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
2.                   Keberkesanan kesinambungan persembahan
3.                   Ketepatan isi kandungan
4.                   Kelengkapan laporan
5.                   Cara penyampaian maklumat
6.                   Keistimewaan persembahan
7.                   Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilih akan direkodkan dalam cd
8.                   Masa terhad untuk persembahan.


3.    RISALAH
Ø  Persembahan yang menarik
Ø  Pemilihan isi yang menarik
Ø  Topik yang menarik
Ø  Penggunaan laras bahasa yang sesuai
Ø  Ringkas dan padat
Ø  Mempunyai ransangan yang lain (gambar, maklumat tambahan)
Ø  Menarik perhatian
Ø  Rekaan yang sesuai
Ø  Mengetahui golongan sasar yang difokus.

4.    HALAMAN SESAWANG : WEB
o   Persembahan rekaan.
o   Penggunaan teknologi maklumat yang efektif.
o   Pemilihan latar, warna, jenis tulisan dan saiz, dan juga rekaan halaman.
o   Pemilihan topik yang sesuai dan tidak menyentuh isu-isu yang negatif dan sensitif.
o   Mengetahui golongan sasar yang dikehendaki.
o   Penggunaan laras bahasa yang sesuai.
o   Mempunyai maklumat tambahan.
o   Mempunyai jaringan yang luas.

No comments:

Post a Comment