Saturday, May 28, 2011

ISL INTETRAKSI 13
Penilaian Berasaskan Sekolah
1.Rasional PBS
i.              Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
ii.            Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
iii.           Mengetahui keberkesanan pengajatran guru
iv.           Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya.
v.            Guru dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

2.Ciri-Ciri Penilaian Berasaskan Sekolah(PBS)
2.1.      Merupakan satu bentukpentaksiran dan penilaianyang dilaksanakan di sekolah.  Ia diurus dan ditadbir secara terancang mengikut prosuder yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiklsaan Malaysia.
2.2.        PBS terbahagi kepada dua bentuk format pentaksiran iaitu:
   I)    Kerja kursus (PEKA)
   ii)    Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

2.2.1 Kerja Kursus / PEKA
i.               Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran.
ii.            LPM membekalkan dokumen pentaksiran
iii.           LPM / JPN /PPD melantantik pemantau atau penyelaras
iv.           Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
v.         Markah dihantar kepada LPM
vi.       Sekolah mengeluarkan sijil

2.2.2   Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
i.          Calon ditaksir kemahiran lisan menerusi pelbagai konteks dalam
           situasi pengajaran dan pembelajaran.

           ii.            LPM membekalkan panduan

          iii.           LPM / JPN /PPD melantantik pemantau atau penyelaras

          iv.           Penskoran dan pelaporan oleh sekolah

           v.            Sekolah mengeluarkan sijil

3.     Prinsip-prinsip PBS
Dirancang diperingkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut :

3.1       Murid yang akan ditaksirkan, bila pentaksiran dibuat, kekerapan
     Pentaksiran, siapa yang terlibat dalampentaksiran, pemilihan  atau
     pembinaan pentaksiran, penskoran, penggredan dan pelaporan dibuat
     oleh pihak sekolah dengan berpandukan panduan PBS bagi matapelajaran 
     berkenaan.
3.2.        Ditadbitr di peringkat sekolah-merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
3.3.        Diskor di peringkat  sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
3.4.        Dilapor diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan sko oleh guru pentaksir bagi mendapatkantahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
3.5.        Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
3.6.        Pelaporan positif iaitu skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan
Murid dan ini boleh diperbaiki dan diperingkatkan dari semasake semasa.


4.     Aspek-Aspek  PBS
i.              Daya kreatif- mereka cipta, melukis dll.
ii.            Kemahiran proses sains-memerhati, membuat inferens dll.
iii.           Perlakuan amalan nilai- membantu, berdikari dll.
iv.           Sikap – bersemangat untuk belajar,gigih bekerja dlll.
v.            Kesihatan dan kecergasan- sihat, cergas, aktif dll.
vi.           Kemahiran kinestetik – bersukan, bergerak secara aktif  dll.
vii.          Bakat danminat – kesungguhan, membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu
     bidang.

No comments:

Post a Comment